Thursday, July 19, 2007

a lost friend

it has been more than 2 weeks now since felicia or commonly known as 'gayah' went missing. the article in Berita Harian yesterday reminded me again. it's terrifying to know how a person could just dissapear in a minute. and this article really saddens me. my bro, shahid, who is her classmate was one the many people who have helped searching for her.

REMAJA HILANG (an article from Berita Harian, 18th July 2007, pg 2)

SEORANG remaja perempuan berusia 19 tahun, Felicia Teo Wei Ling, dilaporkan hilang sejak 29 Jun lalu.

Dia kali terakhir dilihat keluar untuk ke tempat kerja sekitar 6 petang dari flatnya di Blok 233 Bain Street.

Semalam, polis mengeluarkan kenyataan media meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Teo agar menghubungi pihak polis.

Teo berketurunan Cina, setinggi 1.6 meter, berbadan kurus dan mempunyai kulit yang agak gelap. Rambutnya hitam dan pendek.

Keluarga Teo memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa Teo dijadualkan menghadiri majlis perkahwinan rakannya pada 30 Jun lalu.

Namun, dia dikatakan tidak menghadiri majlis perkahwinan itu.

Adiknya, Teo Wei De, 18 tahun, berkata kakaknya itu merupakan pelajar tahun pertama Maktab Seni LaSalle-SIA.

Sejak kehilangannya, sekitar 100 rakan dan saudara-maranya telah mencarinya di kawasan yang dikatakan sering dikunjunginya iaitu di Marine Parade, Clarke Quay dan East Coast.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Teo diminta menghubungi hotline polis di 1800-255-0000.

No comments: